Dah nak raya ni, apa kata kita sembang raya.

Ada satu telemovie yang mula sekali ditayangkan pada tahun 2005 sentiasa akan bermain-main di fikiran apabila hari raya dah pun tiba. Malam tu adalah malam pertama kami beraya di rumah kampong Kuala Pilah yang baru sahaja habis dibina baru. Ibu, ayah dan adik beradik yang lain pun mengambil port (tempat) masing-masing untuk menonton tv yang pada masa tu, menayangkan cerita tikar buruk.

Lepas tu, remote tv beralih arah dan kami akhirnya menonton cerita dokumentari tv3 yang membuat lawatan sempena hari raya ke rumah orang tua-tua. Dengar cerita atuk-atuk dan nenek-nenek tu sangat sedih. Sampai hati anak-anak membuang ibu bapa yang susah payah membela dan membesarkan mereka supaya menjadi insan yang berguna. Semoga anak-anakku nanti tidak akan membangsatkan diri dengan menghantarku ke rumah orang tua.

Tak lama lepas tu, kami, adik beradik menonton satu kisah keluarga yang ingin pulang ke kampung menemui ibu mereka. Drama lakonan Fauziah Nawi sebagai emak, Rosyam Noor, Intan Azura, Rusdi Ramli dan Ezanny sebagai anak-anak. Berkecai hati seorang ibu apabila anak-anak yang ditunggu untuk menyambut hari raya bersama pulang dengan empat kereta jenazah di pagi Syawal.

Kebiasaanya, drama Melayu ni boleh dijangka kesudahan ceritanya, tapi untuk cerita ni, siapa nak sangka kesemua kelima-lima anak kandung, dan seorang menantu meninggal dunia dalam sekelip mata. Selalunya hero saja yang meninggal dunia, tapi semua terus.

Pilu lagi menyayatkan hati bila barang kemas yang Rosyam Noor bagi kepada Fauziah Nawi masa berbuka puasa di kampung, tetap kena dipakai walau pemberinya dah tak ada. Masa adik beradik tu berbuka puasa, adegan kemesraan dengan suap menyuap antara satu sama lain pun bukan main lagi mencuit hati. Masa on the way balik kampong pun, semua orang dah siap bersalam salaman antara satu sama lain seolah-olah tahu bahawa mereka tidak akan jumpa lagi. Siap dipesan kepada ibu mereka yang juadah hari raya tidak perlu dimasak selagi anak-anak belum sampai. Akhirnya, anak-anak tersebut menemui ajal setelah kereta mereka dilanggar treller.

Si menantu, Rita, tak meninggal on the spot. Sempat melahirkan anak dan terus meninggal dunia. Anak yang baru lahir tu, dibawa oleh nenek si Fauziah Nawi tu ke jenazah ibu dan bapa untuk diciumnya buat kali pertama dan kali terakhir. Sedih.
Cerita yang berhantu ni dah menghantui aku selama lima tahun. Dengar cerita, cerita ini paling banyak diulang tayang atas permintaan ramai selain cerita Tikar Buruk.

Ya, kami adik beradik sentap pada masa tersebut. Takut dan kaget for whatever that awaits us.

Bagi yang akan pulang ke kampung, pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang.

About these ads