Malam minggu Halloween sebegini, ramai muda-mudi kota raya yang turun untuk bertemasya muda-mudi. Boleh dikatakan setiap kelab malam dan tempat-tempat hiburan mempunyai parti-parti sempena Hari Halloween. Semuanya dengan pakaian-pakaian Halloween masing-masing. Antaranya, Elvis Presley, The Bride of Chucky, Cleopatra, Arabian Prince, Red Riding Hood, The Hulk dan macam-macam lagi. Pendek kata, semuanya singkat-singkat dan sendat-sendat belaka.

Sekitar jam 12.30mlm, kawasan Bukit Bintang sesak lalu lintasnya sebab VW Party di Lorong Changkat Bukit Bintang. Kereta parking bersimpang siur. Double parking bersepah. Parking taka da sampaikan Ferrari pun parking tepi jalan je. Apatah lagi kalau Neo Calar banyak. Lalu pulak depan kelab-kelab, lagu dipasang kuat sampai pecah bunyi. Akibatnya, pecah gegendang telinga kalau duduk di situ 2-3jam.

Masuk pula ke dalam 21. Mak datok, sesak sampai nak lalu pun kena mengengsot. Sana cium mulut, sini meraba-raba. Sana terkinja-kinja, sini tergedik-gedik. Macam-macam perangai pun ada.

Makcik Joyah melaporkan bagi rancangan Masyarakat Berhantu.